Allah telah berjanji bahawa kehidupan ini
berpasang-pasangan.
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk
semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri
mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
Redhalah akan ketetapan bahawa jodohmu mungkin sedikit
lambat dari sahabat-sabahat anda yang lain. Kehidupan ini masih panjang, jika
bukan di dunia, di akhirat pasti ada. Hidup ini penuh dengan kemungkinan.
Mungkin anda masih belum pernah bertemu dengan jodoh anda yang sebenar. Mungkin
jodoh anda sedang berjihad menuntut ilmu di perantauan. Mungkin jodoh anda
sedang bermandi keringat mencari dan mengumpul harta untuk menikahimu. Mungkin
jodoh sebenarmu belum lagi lahir?
Maka, kesabaran itu penting. Dan kesabaran itu menjadi kayu
pengukur keimanan anda di dunia ini.

No comments:
Post a Comment