Untuk memperoleh jodoh yang baik, anda sendiri perlu berubah
menjadi baik terlebih dahulu. Jika sebelum ini anda seorang noob bercinta, kini
jadilah seorang noob yang menuntut ilmu. Kerana ilmu itu tiada penghujungnya
maka sudah pasti anda akan menjadi noob yang kaya dengan ilmu sehingga ke akhir
hayat.
Namun yang demikian, jodoh itu bukanlah seperti bola
bergolek laju dari atas bukit lalu disambut oleh manusia yang sudah lama
menunggu di bawah. Jodoh itu perlu usaha. Dan usaha itu mempuyai pelbagai cara.
Pertama: Doa
Doa merupakan senjata orang mukmin. Kerana sekarang anda
bukan lagi noob, maka anda ialah seorang muslim yang mukmin. Berpeganglah pada
tali Allah, maka anda tidak akan rasa gayat dengan pancaroba dunia.
Dan juga mereka (yang
diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai
Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami:
perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam
ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Kedua: Minta pertolongan keluarga, sahabat dan kenalan
Sungguhpun anda kini noob yang telah berjaya move on,
namun janganlah sesekali anda beranggapan bahawa anda mampu melakukan apa
sahaja berseorangan di dunia ini. Buaglah ego itu jauh jauh ke pulau tidak
berpenghuni kerana hidup berkomuniti perlu berinteraksi. Mintalah pertolongan
daripada mereka yang berkenaan supaya urusan dipermudah dengan tangan-tangan
yang menghulurkan bantuan. Jangan segan jangan malu. Anda bukan melakukan
maksiat. Jika dahulu mendekati zina dan bermaksiat anda berani, mengapa bukan
untuk urusan ini? Tepuk dada Tanya diri anda wahai noobiey.

No comments:
Post a Comment