Bingkisan hati buat gadis solehah yang mendambakan syurga

Saturday, 21 December 2013

Cabaran Hijrah Jahilliyah

Kita semua ialah "pendosa"
Tapi itu tidak bermakna kita tak layak ke syurga
Selagi hidup
Selagi itu kita ada peluang
Allah itu Adil
Allah itu Rahim
Tinggalkan Jahilliyah
Kerana kita layak menjadi solehah
Usah difikir pandangan sekeliling
Cukuplah Al-Quran menjadi pendamping

Susah nak berhijrah?

Perubahan perlukan masa. Hijrah bukanlah semudah urusan Nobita dengan Doremon. Perubahan itu akan berhasil andai kita Istiqomah. Pada peringkat awal, memang susah. Namun bila sudah lama, semua akan menjadi perkara biasa. Oleh itu, jangan berhenti! Teruskan usaha. Kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubahnya. 

Air mata itu perkara biasa. Air mata akan mematangkan kita. Menjadikan kita lebih tabah. Biarkan titisan air mata menjadi saksi bahawa kita sesal akan dosa kita terdahulu. Hanya mengharap Allah dengar taubat kita. Kerana Allah menilai kita. Menilai sejauh mana kita tabah dengan dugaannya. Sabar. Itu yang terbaik.

No comments:

Post a Comment