Bingkisan hati buat gadis solehah yang mendambakan syurga

Thursday, 27 March 2014

Maksiat Bro, Maksiat!

Bila dikelilingi ribuan malah jutaan manusia yang dekat dengan hati, pelbagai watak akan kita temui.

Bila bersosial, satu perkara perlu kita awasi ketat-ketat. Iaitu, "IMAN".

Iman turun naik itu biasa bila tiada kawalan istiqomah. Bergaul dengan ajnabi mahupun muslimah yang mempunyai latar belakang berbeza, menyebabkan kita perlu menyesuaikan diri.

KISAH PERTAMA Suatu hari selepas melaksanakan satu aktiviti, kami berbual di kedai kopi. Bila duduk, saya lihat tangan sahabat lelaki saya menyetuh lembut pipi sahabat perempuan saya. Tika itu, pandangan saya tunduk melihat bumi. Satu nafas panjang saya hembuskan. Kalimah astaghfirullah membasahi bibir. 

KISAH KEDUA Telefon berdering minta diangkat. Terdengar suara lelaki di hujung panggilan. "Bro, lepak jom!" Sejurus itu, pandangan dialihkan ke jam dinding. Sudah hampir pukul 9 malam. Lalu saya lantas respon, "Bro, lewat malam dah ni. Mana nak gerak?". "Mamak je bro, ada hal sikit nak bincang pasal kerja". "Ouh ya ka. Okay lah. Aku sampai lagi 5 minit" Jawab saya tenang. Bila sampai di restoran mamak di ibu kota, saya lihat hanya dia yang duduk seorang diri di meja hujung restoran. Lalu saya menyentuh skrin smart phone milik saya untuk menghubungi sahabat saya tadi. "Bro, kau kat mana? Sorang ke?" Tanya saya sekadar ingin kepastian sebelum ke meja tersebut. "Ha'ah bro, yang lain tak dapat datang. Ada hal. Takpe lah, kita lepak lepak je. Pasal kerja kita settle esok kay?" Jawab sahabat saya. "Kalau macam tu, kita jumpa esok je lah. Aku gerak dulu. Bye!" Responku cepat lalu mematikan perbualan.

Menerusi kisah pertama dan kedua, satu perkara yang dapat sama-sama kita rumuskan iaitu, IMAN. Walaupun apa jua yang kita hadapi, hanya iman yang mampu melindungi kita. Bila melihat maksiat ataupun kemungkaran, maka cegahlah ia menggunakan tangan. Jika tidak mampu, gunakan lisan. Jika masih tidak mampu, cegah lah ia dengan hati. Dan itu adalah selemah-lemah iman.

Bersosial itu tidak mengapa asalkan kita mampu jaga batasan syari'e. Jangan sesakali melibatkan diri dengan perkara yang boleh menimbukan fitnah. Jauhkan diri daripada perkara yang boleh menzalimi diri sendiri. Hidup perlu menggunakan akal. Bezakan antara perkara hak dan batil.


No comments:

Post a Comment