Bingkisan hati buat gadis solehah yang mendambakan syurga

Sunday, 30 March 2014

Tulis Dalam Hati, Luah Pada Allah

Bila kebosanan melanda oleh kerana cuti sekolah tanpa aktiviti berilmiah, nafsu membuak-buak ingin melayari internet. Smart phone  dicapai pantas. Icon Twitter disentuh lalu dilihat sungguh banyak perkongsian hati pengguna twitter.

Ada yang berkongsi ilmiah, ada yang berkongsi paparan kehidupan peribadi. Tidak kurang juga, ada yang meluahkan perasaan marah, cinta dan gembira di laman twitter. Senyuman terukir di bibir melihat ragam sahabat-sahabat.

Tatkala tersedar timeline twitter makin perlahan, hati terdetik beralih ke Facebook. Hampir sama juga fi'li di situ. Berdasarkan pemerhatian, dapat dirumuskan apabila pengguna berkongsi rasa di laman sosial, ada yang mengkritik hebat. Bila berkongsi perkara ilmiah, dikata "bajet ustad". Bila ada yang berkongsi puitis-puitis cinta, diperli jiwang tak keruan. 

Persoalannya di sini, apa guna laman sosial andai tidak bersosial? Mudah saja, sebenarnya semua pihak harus kawal diri. Bukan semata-mata berkongsi tapi perlu memanfaatkan diri yang lain. Sebagai cotohnya, jika berkongsi perkara ilmiah, kita perlu pastikan, sudah kita pratikkan pada diri terlebih dahulu. Bukan apa, takut menjadi mudarat oleh kerana tidak melaksanakan tuntutan Ilahi yang sudah diketahui. Bila sudah diamalkan, dengan itu, makin yakin bila dikongsi bersama sahabat lain di laman sosial. Jika berkongsi tentang luahan hati pula, harus juga ada batasan. Dinasihatkan untuk menjaga akhlak, kurangkanlah tweets mencarut tak tentu hala. Bab-bab ungkapan cinta pula, sedarlah laman sosial tidak boleh lakukan apa-apa. Ayuh, letak tepi dahulu gadget kalian, dan terus ke kamar mandi, kita ambil wuduk. Solat sunat dua rakaat, setelah itu pohonkan doamu pada Yang Satu. Luahkan segala ungkapan luahan rasa cinta pada Si Dia yang sentiasa sudi mendengar. Itu lebih baik. 

Jaga akhlak bukan hanya ketika di kawasan tempat awam. Di laman sosial, semua orang boleh lihat akhlak kita berdasarkan tulisan yang diukir. Jangan buka aib diri sendiri. Jaga ia, simpan ia, hanya untuk yang halal. Sama-sama kita manfaatkan laman sosial untuk kepentingan akhirat inshaAllah.


No comments:

Post a Comment