Ikhtilat itu perlu dijaga, tak kira di mana kita berada
Menyedari hakikat seorang muslimah, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan bahawa kita bukan umpama "muzium" yang boleh ditonton sesuka hati oleh orang sekeliling. Kerana wanita sudah fitrah menjadi hiasan dunia. Kecantikan muslimah ialah aset yang harus memiliki status private bukan promotion.
Turut menyedari hakikat, aspek zahiriah dan behaviour seseorang muslimah itu boleh memberi kesan terhadap saham masa depan tatkala ingin menjadi seorang insan solehah. Andai kita gagal menjaga diri secara sempurna sebagaimana sempurnanya islam, maka tidak boleh disangkal lagi, dengan mudah kaum adam akan hilang rasa hormat pada kita. Hilang rasa hormat yang bagaimana? Mereka akan hilang rasa hormat dengan bergaul tanpa batasan, menyentuh kita tanpa segan & mungkin kita menjadi "santapan" khusus untuk mereka. Semua ini perlu diatasi. Menjaga ikhtilat itu penting. Kerana untuk menjadi muslimah solehah, kita ingin "pahala updates" bukan "dosa updates".
Sebelum ingin tahu garis panduan menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan ajnabi, kita perlu tahu bagaimana ingin menjauhkan diri daripada terjerumus ke dalam "dunia bergaul tanpa sempadan" itu. Sehubungan dengan itu, kita perlu pastikan perkara berikut sudah kita laksanakan:
- Berpakaian menutup aurat. Pakaian WAJIB longgar, tidak tabbaruj, menyarungkan hijab yang menutupi dada (labuh), memakai stokin kaki dan stongan (inner lengan).
- Jauhi behaviour gedik dan manja tak tentu hala.
- Al-Quran sentiasa dijadikan peneman kala duka dan gembira.
- Zikrullah sentiasa membasahi bibir.
Point pertama, "berpakaian menutup aurat" sangat penting dalam memastikan kita dapat menjaga ikhtilat. InshaAllah sekiranya seorang muslimah itu menutup aurat dengan sempurna, peratus terjebak dalam zon "tiada batasan ikhtilat" itu agak kecil kemungkinannya berbanding mereka yang tidak menutup aurat. Namun tidak bermaksud tiada langsung kecenderungan ke arah itu, tetapi atleast kita cuba mencegah.
Point kedua, "Jauhi behaviour gedik & manja tak tentu hala" menjelaskan kepada kita bahawa dilarang sama sekali menimbulkan apa-apa yang boleh meningkatkan nafsu kaum Adam. Sekiranya nak manja-manja sangat, pergi manja dengan kucing. Boleh, kerana kucing tiada nafsu terhadap manusia. (heh ^^)
Point ketiga dan keempat, aspek Al-Quran dan Zikir amat penting. Kerana kedua-duanya ialah benteng. Tembok besar yang akan memisahkan kita dengan hasutan syaitan laknatullah. Malahan kedua-duanya ialah insurance perlindungan free of charge!
Baiklah, andai sudah memahami aspek pencegahan, seterusnya bagaimana kita ingin menjaga ikhtilat? Sememangnya sukar, tapi sekiranya mencuba, kita juga yang mendapat manfaatnya inshaAllah!
- Dilarang sama-sekali memberi no telefon kepada lelaki sekiranya tiada urusan penting.
- Dilarang beramah mesra dengan kaum Adam.
- Jauhi dengan individu lelaki sekiranya didapati boleh memberi kita penangan "cinta remaja".
- Jangan sesekali menjadikan alasan bertanya hal-hal agama kepada kaum Adam sebagai chance kita ingin tingkatkan ilmu. Dai'e wanita bukankah masih wujud?
- Dilarang melayan kiriman SMS, WatsApp, WeChat, Line, Skype, Twitter & seangkatan dengannya yang berbentuk "lagha" dan tiada manfaat. (eg: Awak sihat? Tengah buat apa?)
- Sekiranya ingin berhubung dengan ajnabi pastikan suara dan penampilan anda cukup tegas dan bukannya manja/gedik.
Setakat ini, anda mampu?
No comments:
Post a Comment