Oleh kerana sifat malas menghantui diri Nisa, dia mengarahkan sahabatnya Syakila untuk membantunya. Tanpa berkata panjang, Syakila terus membongkokkan badannya lalu mencapai sampah tersebut. Tidak disangka, Syakila memasukkan dua gumpal kertas itu ke dalam begnya. Nisa seolah-olah tersedar akan hasutan syaitan setelah melihat tindak balas sahabatnya . Lalu Nisa memulakan bicara,
"Eh, macam mana aku boleh bagi pahala aku kat kau ni!"
"Huh?" Respon Syakila seperti tidak faham akan kata-kata sahabatnya.
"Bagi balik please sampah tu~" rayu Nisa.
"Ouh, tapi, humm.." Ujar Syakila.
Sekali lagi Syakila melakukan sesuatu yang tidak diduga oleh Nisa sama sekali. Syakila menghulurkan satu gumpal kertas dan selebihnya dimasukkan kembali ke dalam begnya.
"Kenapa satu je? Sampah yang aku buang tadi kan ada dua!" Tanya Nisa kehairanan.
"Satu Kila bagi Nisa, satu lagi Kila tolong buangkan. Baru dua dua dapat pahala. Mana boleh biar Nisa je dapat pahala. Tak adil!" Jawab Syakila sambil tertawa kecil.
Syakila terus berjalan keluar menuju ke rak kasut. Nisa masih terkedu. Tak disangka begitu jawapan sahabatnya. Tiba-tiba, Syakila menoleh ke belakang, lalu berkata,
"Jangan buang merata-rata ye Nisa, Simpan dan buang di rumah nanti."
Kedua-dua mereka serentak tertawa riang. Begitulah indahnya ukhuwah Islamiah. Kalau nak ke Syurga, tak seronok jika seorang diri. Bila ramai yang turut serta, mudah kerja! ^^ Dan jika "pahala" boleh kita lihat dengan pacaindera manusia, pasti kita berebut-rebut ingin melakukan kebaikan. Jangan katakan sampah sekecil ibu jari akan dikutip, malah sudah tentu semut pun tidak akan sesekali dipijak.
assalamualaikum akak,
ReplyDeletesaya ingatkan Nisa nak marah syakila tapi tak. Cantik ending cerita ni. ^-^
dan saya sarankan supaya akak view link ni.harap membantu.
http://adibsite.blogspot.com/2013/11/hilangkan-word-verification-di-komen.html
Waalaikumussalam. Alhamdulilah. Indanya Ukhuwah! ^^
DeleteTerima kasih atas perkongsian. Alhamdulilah saya dah setting balik :) Terima kasih ye :D