Tentu sukar bagi anda untuk keluar dari kawah berapi yang
penuh dengan jejak ketakutan dan kesengsaraan. Namun begitu, anda tidak boleh
berdiam diri kerana kelak anda juga yang akan menanggung kesakitannya.
Kehidupan mesti diteruskan meskipun anda berdepan kenyataan bahawa anda gagal
dalam percintaan. Dia bukan jodoh anda, itu perlu diterima dengan hati yang
tulus. Oleh yang demikian, terdapat beberapa langkah yang perlu anda laksanakan
supaya masalah anda dapat diselesaikan. Tarik nafas, dan mulakan!
LANGKAH PERTAMA
- Berjumpa dan berbincang
Perbincangan ini mungkin menjadi perbincangan terakhir
anda bersama si dia. Di sini anda akan menemukan justifikasi yang jelas tentang
hala tuju kehidupan anda selepas ini. Antara intipati karipap dan kandungan
perbincangan yang perlu ada ialah:
- Mengapa perlu berpisah?
- Status hubungan selepas ini?
- Minta dihalalkan segala yang pernah dibelanjakan selama ini
- Kekalkan persahabatan dan professionalism
LANGKAH KEDUA
- Delete setiap conversations bersama mahkluk durjana itu
Mengapa ini penting? Kerana di sinilah bibit bibit cinta
anda berputik dan panahan asmara anda menusuk. Sudah. Langkah ini
sangat penting kerana anda perlu melenyapkan setiap data perihal mahkluk
tersebut supaya hidup anda tidak lagi ditutupi dengan bayang-bayang yang sudah
bertukar menjadi zombie dan mumia. Data conversation yang gigih disimpan
kononya sebagai kenangan dan dibaca ketika rindu itu perlu dilenyapkan dengan kadar segera.
LANGKAH KETIGA
- Delete setiap gambar bersama
Jangan khuatir, melenyapkan gambar bukanlah menunjukkan
anda seorang looser yang tidak sanggup berdepan kenyataan. Akan tetapi,
ini adalah satu kaedah therapy diri dan jiwa supaya misi move on anda
berjaya. Jika anda rasa satu keperluan, maka anda perlu juga melenyapkan setiap
gambar di laman social bersama si dia. Jangan risau akan kata-kata orang lain.
Lakukannya! Demi jiwa yang tidak memerlukan mana-mana rawatan di Tanjung
Rambutan.
LANGKAH KEEMPAT
- Jangan buang atau bakar barang miliknya atau hadiah yang pernah dihadiahi oleh nya
Fikirkanlah, jika sekarang zaman GST dan inflasi menjadi
asam garam kehidupan comrade di Malaysia, apakah dengan membuang atau
membakar barang-barang tersebut merupakan langkah terbaik pengguna bijak?
Pembaziran itu amalan syaitan dan semestinya anda bukan syaitan. Jika terdesak
sekalipun, oleh kerana anda tidak sanggup melihat barang-barang tersebut
dipamer indah di pacaindera mata, jangan bertindak melulu, ada cara lain yang
lebih bijak wahai noob.
- Jadikan sumber pendapatan sampingan. Ini langkah terbaik
bagi mahasiswa yang mengaplikasikan falsafah kais pagi makan maggi, kais petang
makan roti. Set up satu car boot sale, jualan murah dari pintu
ke pintu ataupun viralkan di laman social dengan jualan harga yang paling murah
dan mampu milik.
- Jika anda ingin menjadi persis bidadari jatuh terjelepuk
dari kerak bumi, lakukanlah sedikit amal jariah. Sumbangkan barang-barang
tersebut kepada pusat kebajikan yang berdekatan. Jika sukar, layari mana-mana website
pusat kebajikan berdaftar dan hubungi mereka untuk kutipan.Anda masih tidak temui jawapan untuk deal dengan barang barang tersebut? Anda sungguh noob wahai noob. Ini cara terakhir,
- Hadiahkan barang-barang tersebut kepada rakan-rakan, sedara mara, sepupu sepapat, anak buah, buah langsat, buah ciku dan sewaktu dengannya.
LANGKAH KELIMA
- Solat Taubat
Selesai menguruskan urusan dunia, kini kembali kepada
pencipta. Solat taubat ini penting. Mengapa? Ini soalan warga noob. Wahai noob,
tidakkah anda sedar, selama anda berhubungan dengannya, tidak terkira dosa yang
mengalir seperti derasnya air terjun Gunung Semanggul. Couple itu mendekati zina
dan mendekati zina itu haram. Itu bukankan satu formasi dosa percuma? Tidak
mengapa, kerana anda noob, anda masih lakukannya meskipun sudah jelas neraka di
depan mata. Tidak mengapa, dan tahniah kini darjat anda meningkat kepada noob
si pendosa. Kerana anda noob si pendosa, sila sedar ini dosa anda:
- Mesej bersama ajanabi sehingga manaikkan nafsu syahwat
- On the phone bersama ajnabi dengan suara lunak dan mengada-ngada sehingga level nafsu syahwat boost up tidak terkawal
- Keluar berdua. Melakukan perkara yang sia sia sepeti menonton wayang. Dan anda sudah bersentuhan dengan yang bukan muhrim, berpegangan tangan. Konon tak sengaja, lama lama tidak mengapa.
Semua tindakan noob bercinta ini menambahkan saham neraka
kepada ibu dan ayah. Sudahlah mendapat anak seperti anda, kelak mereka di azab
di kubur kerana tindakan anak mereka sendiri.
Sudah sedar mengapa perlu solat taubat? Minta ampun pada
Allah sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha mengasihani.
LANGKAH KEENAM
- Solat Hajat
Solat hajat ini sangat penting kerana anda perlukan
kekuatan dalaman untuk memulakan kehidupan yang baharu. Jadikan ia sebagai
mendan perhubungan anda bersama Tuhan. Luahkan apa yang terbuku jauh di dalam
lubuk hati. Mohon padaNya agar anda dikurniakan kekuatan hati dan mental untuk
berdepan kenyataan yang sukar untuk anda terima. Mohon padaNya agar anda mudah
untuk melupakan semua kenangan bersamanya. Perkara yang paling penting adalah
berdoa supaya anda dijauhkan daripada mendekati zina buat kedua kalinya. Berdoa
agar anda dikelilingi dengan suasana ilmu dan iman.
LANGKAH KETUJUH
- Mulakan kehidupan baharu
Kini masanya sudah tiba! Mulakan hari pertama anda
dengan kaki kanan kerana berbanggalah kini anda tidak lagi noob bercinta mahupun
noob nak move on. Kehidupan baru anda merupakan permulaan sebagai
seorang mahluk yang lebih berguna. Bagaimana ingin menjadi berguna? Sila teliti
Dos and Don'ts ini:
Don'ts
- Jangan sesekali memutuskan silaturrahim anda dengan
pasangan noob anda. Bersahabat biar sampai ke syurga.
- Tidak perlu delete nombor si dia. Mungkin suatu
hari nanti anda memerlukan pertolongannya dan dia memerlukan pertolongan anda.
Atas dasar kawan. Tidak salah kita membantu.
- Jangan menyebarkan kedukaan anda kepada seluruh pelusuk
dunia. Hal ini akan membuatkan keadaan lebih keruh dengan omokkan suara-suara
ganjil dan murai-murai kepoh yang dambakan berita hangat dan sensasi.
- Untuk memastikan supaya pisang tidak berbuah dua kali, jangan berhubung dengannya jika tiada keperluan mendesak
Dos
- Mulakan hari dengan senyuman. Kerana senyuman mampu
memberikan aura positif kepada diri anda dan orang disekeliling anda.
- Berpakaian dengan pakaian yang mempamerkan keyakinan yang
tinggi dan keceriaan yang bersinar. Elakkan warna yang kelam kerana ini
bukanlah masanya untuk anda menghadiri upacara kematian.
- Bertindak dengan professional. Jika anda seorang pelajar,
serlahkan imej pelajar professional ketika di dalam kuliah, ketika melaksanakan
tugasan berkumpulan, mahupun ketika bersosial bersama rakan-rakan. Jika anda
seorang bekerjaya, pastikan anda tidak menyebarkan virus negatif kepada rakan
sekerja. Sebaliknya bergurau ketawalah dengan mereka diselangi dengan lambakan
kerja yang membebani ruang pejbat anda.
- Jalani hidup seperti biasa. Tiada yang luar biasa.
No comments:
Post a Comment