Bingkisan hati buat gadis solehah yang mendambakan syurga

Monday, 30 May 2016

Bahagian 7: Sudah Bertemu Jodoh, Apa Perlu Saya Lakukan?

        Soalan noob anda sudah kembali. Tidak mengapa ini memang medan noob. Jika sudah bertemu dengan si dia yang anda yakini Insha Allah selamat dunia akhirat, hanya ada satu perkara yang perlu anda lakukan jika anda betul-betul telah bersedia.

Pertama: Nikahi dia

jika masih tidak mampu,


        Jangan sesekali memulakan kembali amalan noob bercinta, bercouple, mendekati zina. Kerana akhirnya anda akan kembali kepada kekesalan yang nyata. Sebaliknya, berbincanglah dengan keluarga, kerana keluarga anda mampu memberikan jalan penyelesaian yang tidak mungkin anda terfikir. Tidak percaya? Cuba dulu noobs. 

Bahagian 6: Bagaimana Ingin Mendapat Jodoh yang Baik?

        Untuk memperoleh jodoh yang baik, anda sendiri perlu berubah menjadi baik terlebih dahulu. Jika sebelum ini anda seorang noob bercinta, kini jadilah seorang noob yang menuntut ilmu. Kerana ilmu itu tiada penghujungnya maka sudah pasti anda akan menjadi noob yang kaya dengan ilmu sehingga ke akhir hayat.

        Namun yang demikian, jodoh itu bukanlah seperti bola bergolek laju dari atas bukit lalu disambut oleh manusia yang sudah lama menunggu di bawah. Jodoh itu perlu usaha. Dan usaha itu mempuyai pelbagai cara.

Pertama: Doa
        Doa merupakan senjata orang mukmin. Kerana sekarang anda bukan lagi noob, maka anda ialah seorang muslim yang mukmin. Berpeganglah pada tali Allah, maka anda tidak akan rasa gayat dengan pancaroba dunia.  


Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


Kedua: Minta pertolongan keluarga, sahabat dan kenalan

        Sungguhpun anda kini noob yang telah berjaya move on, namun janganlah sesekali anda  beranggapan bahawa anda mampu melakukan apa sahaja berseorangan di dunia ini. Buaglah ego itu jauh jauh ke pulau tidak berpenghuni kerana hidup berkomuniti perlu berinteraksi. Mintalah pertolongan daripada mereka yang berkenaan supaya urusan dipermudah dengan tangan-tangan yang menghulurkan bantuan. Jangan segan jangan malu. Anda bukan melakukan maksiat. Jika dahulu mendekati zina dan bermaksiat anda berani, mengapa bukan untuk urusan ini? Tepuk dada Tanya diri anda wahai noobiey.

Bahagian 5: Jadi, Siapa Jodohku?

Allah telah berjanji bahawa kehidupan ini berpasang-pasangan.


Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.

        Redhalah akan ketetapan bahawa jodohmu mungkin sedikit lambat dari sahabat-sabahat anda yang lain. Kehidupan ini masih panjang, jika bukan di dunia, di akhirat pasti ada. Hidup ini penuh dengan kemungkinan. Mungkin anda masih belum pernah bertemu dengan jodoh anda yang sebenar. Mungkin jodoh anda sedang berjihad menuntut ilmu di perantauan. Mungkin jodoh anda sedang bermandi keringat mencari dan mengumpul harta untuk menikahimu. Mungkin jodoh sebenarmu belum lagi lahir?

Maka, kesabaran itu penting. Dan kesabaran itu menjadi kayu pengukur keimanan anda di dunia ini.  

Bahagian 4: Mengapa Dia Bukan Jodoh?

        Wahai noobs sekalian, kalau dia bukan jodoh, mengapa perkara lampau harus dikenang. berhenti berfikir soal dia, mengapa bukan jodoh kerana dia memang bukan jodoh. Jika jodoh, pasti sekarang anda sudah diijabkabulkan dengan saksi berkaliber dan rombongan cik kiah membawa dulang hantaran.

          Baiklah begini noobs. Jika dia jodoh yang baik, sudah pasti dia tidak akan membawa anda kepada hubungan yang sia- sia. Hubungan yang penuh dengan dosa tanpa noktah. Jika dia jodoh kamu, sudah dari awal kalian berbincang antara keluarga masing-masing untuk menetapkan tarikh pernikahan. Jika dia jodoh dunia akhirat, sudah pasti anda tidak memerlukan panduan move on ini. Maafkan saya noobs. Anda sudah teruk tersinggung.

Bahagian 3: Dia Bukan Jodoh?

Apabila Noobs nak move on, sudah pasti perkara ini merupakan antara yang berlegar di ruang fikiran.

"Muka kami dah sama. Orang kata muka sama itu jodoh, tapi kenapa sekarang sebaliknya?" 
"Dia selalu faham diri aku. Hanya dia yang faham diri aku. He is the one!" 
"Dia ada segala ciri yang aku dambakan sebagai seorang pasangan hidup. Tetapi kenapa sekarang begini jadinya."

        Wahai warga noobs. Anda perlu sedar, setiap apa yang berlaku itu pasti ada natijahnya. Tuhan itu Adil dan Bijaksana. Tidak akan Dia jadikan sesuatu itu sia sia. Setiap jenis manusia yang Allah hantar dalam kehidupan kamu mempunya fungsi mereka tersendiri. Manusia hadir silih berganti. Mungkin dengan kehadirannya dalam kehidupan anda sebelum ini sebenarnya membawa seribu makna buat kehidupan yang mendatang. Sila berfikiran positif.

"Mungkin dengan kehadirannya, aku mempunyai pengalaman baru dalam kehidupan, pegalaman yang mampu aku jadikan sempadan buat kehidupan di masa hadapan." 
"Mungkin dengan kehadirannya, aku dididik akan nilai kesabaran dan kekuatan menghadapi cabaran." 
"Mungkin dengan kehadirannya, aku mampu menasihati rakan-rakanku yang berdepan masalah yang sama agar mereka kemabali bangkit sepertiku."

Kemungkinan positif sebeginilah yang akan menjadikan hari hari anda lebih positif dan anda akan bertukar menjadi noob yang gagah perkasa.

Bahagian 2: Noobs Mesti Bijak!

        Tentu sukar bagi anda untuk keluar dari kawah berapi yang penuh dengan jejak ketakutan dan kesengsaraan. Namun begitu, anda tidak boleh berdiam diri kerana kelak anda juga yang akan menanggung kesakitannya. Kehidupan mesti diteruskan meskipun anda berdepan kenyataan bahawa anda gagal dalam percintaan. Dia bukan jodoh anda, itu perlu diterima dengan hati yang tulus. Oleh yang demikian, terdapat beberapa langkah yang perlu anda laksanakan supaya masalah anda dapat diselesaikan. Tarik nafas, dan mulakan!

LANGKAH PERTAMA
  • Berjumpa dan berbincang

Perbincangan ini mungkin menjadi perbincangan terakhir anda bersama si dia. Di sini anda akan menemukan justifikasi yang jelas tentang hala tuju kehidupan anda selepas ini. Antara intipati karipap dan kandungan perbincangan yang perlu ada ialah:
  1. Mengapa perlu berpisah?
  2. Status hubungan selepas ini?
  3. Minta dihalalkan segala yang pernah dibelanjakan selama ini
  4. Kekalkan persahabatan dan professionalism

LANGKAH KEDUA
  • Delete setiap conversations bersama mahkluk durjana itu

Mengapa ini penting? Kerana di sinilah bibit bibit cinta anda berputik dan panahan asmara anda menusuk. Sudah. Langkah ini sangat penting kerana anda perlu melenyapkan setiap data perihal mahkluk tersebut supaya hidup anda tidak lagi ditutupi dengan bayang-bayang yang sudah bertukar menjadi zombie dan mumia. Data conversation yang gigih disimpan kononya sebagai kenangan dan dibaca ketika rindu itu perlu dilenyapkan dengan kadar segera. 


LANGKAH KETIGA
  • Delete setiap gambar bersama

Jangan khuatir, melenyapkan gambar bukanlah menunjukkan anda seorang looser yang tidak sanggup berdepan kenyataan. Akan tetapi, ini adalah satu kaedah therapy diri dan jiwa supaya misi move on anda berjaya. Jika anda rasa satu keperluan, maka anda perlu juga melenyapkan setiap gambar di laman social bersama si dia. Jangan risau akan kata-kata orang lain. Lakukannya! Demi jiwa yang tidak memerlukan mana-mana rawatan di Tanjung Rambutan.


LANGKAH KEEMPAT
  • Jangan buang atau bakar barang miliknya atau hadiah yang pernah dihadiahi oleh nya

Fikirkanlah, jika sekarang zaman GST dan inflasi menjadi asam garam kehidupan comrade di Malaysia, apakah dengan membuang atau membakar barang-barang tersebut merupakan langkah terbaik pengguna bijak? Pembaziran itu amalan syaitan dan semestinya anda bukan syaitan. Jika terdesak sekalipun, oleh kerana anda tidak sanggup melihat barang-barang tersebut dipamer indah di pacaindera mata, jangan bertindak melulu, ada cara lain yang lebih bijak wahai noob.
  1. Jadikan sumber pendapatan sampingan. Ini langkah terbaik bagi mahasiswa yang mengaplikasikan falsafah kais pagi makan maggi, kais petang makan roti. Set up satu car boot sale, jualan murah dari pintu ke pintu ataupun viralkan di laman social dengan jualan harga yang paling murah dan mampu milik.
  2. Jika anda ingin menjadi persis bidadari jatuh terjelepuk dari kerak bumi, lakukanlah sedikit amal jariah. Sumbangkan barang-barang tersebut kepada pusat kebajikan yang berdekatan. Jika sukar, layari mana-mana website pusat kebajikan berdaftar dan hubungi mereka untuk kutipan.

    Anda masih tidak temui jawapan untuk deal dengan barang barang tersebut? Anda sungguh noob wahai noob. Ini cara terakhir,
  3. Hadiahkan barang-barang tersebut kepada rakan-rakan, sedara mara, sepupu sepapat, anak buah, buah langsat, buah ciku dan sewaktu dengannya.

LANGKAH KELIMA
  • Solat Taubat

Selesai menguruskan urusan dunia, kini kembali kepada pencipta. Solat taubat ini penting. Mengapa? Ini soalan warga noob. Wahai noob, tidakkah anda sedar, selama anda berhubungan dengannya, tidak terkira dosa yang mengalir seperti derasnya air terjun Gunung Semanggul. Couple itu mendekati zina dan mendekati zina itu haram. Itu bukankan satu formasi dosa percuma? Tidak mengapa, kerana anda noob, anda masih lakukannya meskipun sudah jelas neraka di depan mata. Tidak mengapa, dan tahniah kini darjat anda meningkat kepada noob si pendosa. Kerana anda noob si pendosa, sila sedar ini dosa anda:
  1. Mesej bersama ajanabi sehingga manaikkan nafsu syahwat
  2. On the phone bersama ajnabi dengan suara lunak dan mengada-ngada sehingga level nafsu syahwat boost up tidak terkawal
  3. Keluar berdua. Melakukan perkara yang sia sia sepeti menonton wayang. Dan anda sudah bersentuhan dengan yang bukan muhrim, berpegangan tangan. Konon tak sengaja, lama lama tidak mengapa.

Semua tindakan noob bercinta ini menambahkan saham neraka kepada ibu dan ayah. Sudahlah mendapat anak seperti anda, kelak mereka di azab di kubur kerana tindakan anak mereka sendiri.

Sudah sedar mengapa perlu solat taubat? Minta ampun pada Allah sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha mengasihani.


LANGKAH KEENAM
  • Solat Hajat

Solat hajat ini sangat penting kerana anda perlukan kekuatan dalaman untuk memulakan kehidupan yang baharu. Jadikan ia sebagai mendan perhubungan anda bersama Tuhan. Luahkan apa yang terbuku jauh di dalam lubuk hati. Mohon padaNya agar anda dikurniakan kekuatan hati dan mental untuk berdepan kenyataan yang sukar untuk anda terima. Mohon padaNya agar anda mudah untuk melupakan semua kenangan bersamanya. Perkara yang paling penting adalah berdoa supaya anda dijauhkan daripada mendekati zina buat kedua kalinya. Berdoa agar anda dikelilingi dengan suasana ilmu dan iman.


LANGKAH KETUJUH

  • Mulakan kehidupan baharu

Kini  masanya sudah tiba! Mulakan hari pertama anda dengan kaki kanan kerana berbanggalah kini anda tidak lagi noob bercinta mahupun noob nak move on. Kehidupan baru anda merupakan permulaan sebagai seorang mahluk yang lebih berguna. Bagaimana ingin menjadi berguna? Sila teliti Dos and Don'ts ini:


Don'ts
  1. Jangan sesekali memutuskan silaturrahim anda dengan pasangan noob anda. Bersahabat biar sampai ke syurga.
  2. Tidak perlu delete nombor si dia. Mungkin suatu hari nanti anda memerlukan pertolongannya dan dia memerlukan pertolongan anda. Atas dasar kawan. Tidak salah kita membantu.
  3. Jangan menyebarkan kedukaan anda kepada seluruh pelusuk dunia. Hal ini akan membuatkan keadaan lebih keruh dengan omokkan suara-suara ganjil dan murai-murai kepoh yang dambakan berita hangat dan sensasi.
  4. Untuk memastikan supaya pisang tidak berbuah dua kali, jangan berhubung dengannya jika tiada keperluan mendesak

Dos
  1. Mulakan hari dengan senyuman. Kerana senyuman mampu memberikan aura positif kepada diri anda dan orang disekeliling anda.
  2. Berpakaian dengan pakaian yang mempamerkan keyakinan yang tinggi dan keceriaan yang bersinar. Elakkan warna yang kelam kerana ini bukanlah masanya untuk anda menghadiri upacara kematian.
  3. Bertindak dengan professional. Jika anda seorang pelajar, serlahkan imej pelajar professional ketika di dalam kuliah, ketika melaksanakan tugasan berkumpulan, mahupun ketika bersosial bersama rakan-rakan. Jika anda seorang bekerjaya, pastikan anda tidak menyebarkan virus negatif kepada rakan sekerja. Sebaliknya bergurau ketawalah dengan mereka diselangi dengan lambakan kerja yang membebani ruang pejbat anda.
  4. Jalani hidup seperti biasa. Tiada yang luar biasa. 

Bahagian 1: Siapa Noobs?

        Jangan berkecil hati jika dilabel noob. Jika anda bukan noob, anda tidak akan menyelak helaian ini meskipun muka hadapan. Noob baru ingin bercinta. Itu anda.

        Jika anda bukan noob, sila nafikan kenyataan-kenyataan ini.
  1. Apabila bercinta, barulah terdengar telefon bimbit berbunyi. Sebelum ini anda keliru sama ada telefon bimbit anda rosak atau anda yang kesunyian.
  2. Kali pertama diajak keluar berdua, kononnya "dating", bahagia sungguh. Senyum sampai ke telinga, tetapi apabila ibu ayah tanya hendak ke mana, gelabah!
  3. Setiap kali tarikh keramat seperti hari lahir, anniversary, dan sewaktu dengannya, hati akan tertanya tanya, "Tahun ini dapat hadiah apa ye?"
  4. Tiba-tiba diri rasa dilindungi, bermegah apabila ada Iron Man menjadi bodyguard  ke hulu ke hilir. Seronok juga Iron Man bayar semua purchased.
  5. Paling jelas noob, apabila semua status di laman social bertukar ie: A's, Taken by A, In love with A, dan A dan A dan A.
        Itu lima perkara asas berlaku kepada noobs baru bercinta. Sila mengaku, anda mengalaminya. Akan tetapi, tatkala diri sudah kembali single, anda perlu berbangga, kini anda bukan lagi noob baru bercinta. Tahniah kerana anda bukan lagi anda yang dulu. Namun begitu, kini, anda ialah seorang noob terdesak nak move on.

        Jangan khuatir, di sini bukanlah medan untuk mengutuk mana mana noob di dunia. Tetapi, Insha Allah di sini anda akan menemui beberapa jawapan untuk setiap persoalan anda yang inginkan perubahan untuk move on dalam perhubungan yang sudah bertemu titik noktahnya.


Sebelum beralih ke halaman seterusnya, semoga berjaya, anda begitu berharga

Noobs Nak Move On

        Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca. Nukilan kali ini lebih bersifat ringan dan mudah. Oleh kerana fokus penulis tertumpu kepada golongan “noobs” yang ditimpa masalah, naskah yang berat dan panjang amatlah tidak sesuai. Oleh yang demikian, penulis menggunakan pendekatan yang lebih dekat dengan hati pembaca, dan menggunakan teknik penulisan yang tepat, ringkas dan sentap.

        Nukilan ini sesuai di bawa bersama anda kemana-mana sahaja kerana ianya adalah satu bentuk alat bantu dalam kehidupan menerusi pendekatan nilai agama dan input psikologi berguna.

          Diharapkan menerusi nukilan ini, golongan yang berkaitan dapat keluar dari kepompong masalah dan mampu berdiri sendiri untuk berdepan dengan kenyataan.


Anda masih noobs! Noobs bijak selesaikan masalah :)

Berikut adalah Isi Kandungan untuk nukilan kali ini. Click Link di bawah & selamat membaca!

Bahagian 1: Siapa Noobs?
Bahagian 2: Noobs Mesti Bijak!
Bahagian 3: Dia Bukan Jodoh?
Bahagian 4: Mengapa Dia Bukan Jodoh?
Bahagian 5: Siapa Jodohku?
Bahagian 6: Bagaimana Ingin Mendapat Jodoh Yang Baik?
Bahagian 7: Apabila Sudah Bertemu Jodoh

Friday, 13 May 2016

Tribute Buat Ibu

Tatkala pulang dari pengajian kuliah setelah sekian lama tidak melihat kampung halaman, sampai sahaja di muka pintu rumah, salam dilaung lantas menjerit kuat, "Ibuuuuu, saya dah sampai". Kaki terus berlalari-lari anak mencari ibu disekeliling rumah. Menjenguk di dapur, tidak kelihatan. Melangkah pula ke kebun kesayangan ibu, juga tiada. Lalu, dengan wajah hampa, pintu kamar tidur milik adik diketuk perlahan, lantas bertanya, "Ibu mana dik?"

Persoalannya, mengapa tidak di sapa ayah atau kakak, atau juga ahli keluarga yang dilihat pertama? Jawapannya mudah, ada di sini. Di mana? Di hati kita sebagai anak yang cukup dekat talian spiritualnya dengan insan bergelar ibu.

Bagi memanfaatkan masa yang dianugerah Tuhan, waktu senggang sebegini, mata rajin pula merenung satu persatu hasil sastera yang berada di atas rak kecil milik ayah. Buku berkaitan Politik dan Hubungan Antarabangsa dicapai lalu dibelek-belek. "Menarik!", bisik hati kecil. Kajian terperinci mengenai peristiwa 9/11 dibaca perlahan-lahan, cuba mentafsir kesahihan fakta hasil sastera milik penulis negara Timur Tengah. Telefon pintar berada dekat, dicapai, lalu dilakukan sedikit carian ilmiah bagi membandingkan pendapat tokoh-tokoh dan pengkaji antarabangsa yang lain mengenai isu yang sama.

Tiba-tiba WhatsApp Group milik keluarga besar ayahanda berbunyi menghantar pesanan-pesanan bersempena dengan Hari Ibu buat nenda dan ahli keluarga yang bergelar ibu. Mata yang tadinya asyik membaca pesanan balas ahli keluarga, kemudian beralih melihat susuk tubuh ibu yang sedang berehat sambil menonton ceramah perdana di televisyen. Mata ibu semakin lama semakin kecil. Sekejap lagi pasti ibu lena dibuai mimpi. Wajah ibu seperti berbicara sendiri walaupun mimik mukanya tenang namun jelas kepenatan dan keletihan seorang ibu. "Kesian ibu", detik hati.

Fikiran mula menari-nari di atas pentas teater minda. Terlalu banyak pengorbanan ibu dapat diekstrek daripada pemerhatian. Tatkala jam menunjukkan angka 4 pada waktu pagi yang sunyi, ibu sudahpun berada di dapur, memasak sarapan buat anak-anak yang sebentar lagi akan bergegas ke sekolah dan kerja, tidak ketinggalan juga buat suami tercinta. Bekalan makanan setiap isi rumah juga diambil kira, disiapkan satu per satu lalu dibungkus molek kerana ibu yakin makanan yang disediakan oleh ibu adalah makanan paling berkhasiat buat insan tersayang.

Jam 7 pagi, seorang demi seorang isi rumah keluar dengan urusan masing masing. Kini, hanya tinggal berdua dengan ibu sementara cuti masih berbaki. Oleh yang demikian, dapat dilihat agenda ibu seterusya. Setelah selasai urusan dengan anak-anak, ibu cepat-cepat kembali ke dapur bagi menguruskan keadaan yang kacau bilau kesan penyediaan sarapan sebentar tadi. Kemudian, ibu belari ke atas, ke bawah, ke depan, ke belakang bagi membersihkan rumah. Setiap penjuru dan sudut rumah disapu dan dibersihkan. Ibu terduduk di atas sofa di ruang tamu sambil mendengus kecil. Ibu terpandang susuk tubuh yang dari tadi seperti memerhatikannya namun tidak diendahkan lalu kembali menyambung kerja rumahnya.

Matahari sudah semakin menampakkan dirinya, lantas ibu bangun dan berjalan tenang ke dapur bagi menguruskan perihal mesin basuh pula. Sementara itu,  pakaian-pakaian yang bertaburan di setiap bilik teruna tidak ketinggalan juga dara dikutip ibu. Terbongkok-bongkok ibu mencapainya. Apabila tiba di dapur, dikeluarkan kain-kain daripada mesin basuh, dipindahkan ke dalam raga. Kain-kain tersebut disidai rapi di atas ampaian bersebelahan dengan kebun kecil ibu.

Walaupun ibu hanya seorang suri rumah tangga, namun tidak sepenuh masa. Ibu menjalankan perniagaan atas talian dan menyediakan perkhidmatan tempahan makanan. Ibu menyemak buku catatan hariannya bagi melihat senarai tempahan sepanjang minggu ini. Nampaknya seperti pelanggan ibu ada memesan tempahan pada hari ini kerana ibu bergegas ke peti sejuk dan mengeluarkan satu per satu isi perut lembaga petak itu. Bahan-bahan mentah itu di bawa ke dapur. Beberapa minit kemudian, bunyi periuk belanga dan sudip kedengaran rancak berlaga sesama sendiri. Melihat ibu dari atas, bibir mengukir senyuman sendiri sambil berdoa "Semoga ibu berjaya dalam perniagaanya dan dikurniakan kudrat yang sihat bagi meneruskan perjuangan kecilnya".

Apabila pulangnya kembali isi rumah pada pukul 7 malam, makanan sudah terhidang di meja makan. Enak nampaknya! Selesai menunaikan solat fardhu bersama, masing-masing menyerbu meja makan kerana perut sudahpun minta diisi. Selesai makan malam, ibu akan memastikan adik-adik menyiapkan setiap kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran. Sebelum jam menunjukkan jam 11, hampir semua isi rumah sudahpun baring di atas katil empuk di bilik masing-masing. Ibu akan menjenguk setiap bilik anak-anaknya sebelum ibu pula yang masuk ke kamar tidurnya.

Begitulah rutin ibu hampir setiap hari. Masa seperti memakan diri sendiri. Terlalu cepat berlalu sehinggakan mengah ibu melaluinya hari-harinya. Hati mula mengukir catatan sendiri. Hebat sungguh ibu. Hampir menyamai peratusan kesempurnaan seorang ibu. Mampukah aku menjadi seperti ibu suatu hari nanti? Mampukah aku bertindak secara total seperti ibu? Atau aku akan mudah lelah dan mengeluh?

Jasa ibu tidak mungkin terbalas dengan segunung emas sekalipun kerana pengorbanannya tidak terkira dengan wang ringgit. Menjadi tanggungjawab anak-anak untuk turut sama meringankan beban ibu menguruskan hal ehwal rumah tangga seperti membasuh baju, memasak dan seumpanya. Sekurang-kurang terlepas satu ikatan kepenatan ibu setiap hari. Tambahan pula, menjadi obligasi anak-anak untuk membahagiakan ibu dengan apa cara sekalipun selagi tidak dilarang agama. Beringatlah, ibu ini pinjaman Allah buat kita. Bila-bila sahaja Tuhan akan mengambilnya kembali. Sementara nafas masih terasa, berbaktilah kepada ibu dan jangan sesekali menyakiti hatinya sekalipun dengan bermasam muka, melawan kata ataupun meninggi suara.


Salam sayang buat bonda tercinta


Thursday, 5 June 2014

Takdir Mula

Hujan gerimis membasahi bumi
Sejuk rasa dingin hari
Labuhkan punggung ke penjuru
Rentas makanan
Seorang diri 
Lihat ramai manusia
Berbual senyum gelak tawa
Ada juga yang termenung
Fikirkan apa 
Lalu datang tayangan cerita
Ragam manusia
Jabat tangan dakap sahabat
Mungkin lama tidak berjumpa 
Bila Si Panggung
Tahu direnung
Cepat-cepat minuman dipandang
Sedut
Hela nafas dalam
Tekup muka
Aaaa hancur jiwa!
Pecah sangkar hati
Fikir adegan sahabat kini
Turun naik
Hilang jawapan